Buku kumpulan Sajak-Sajak Ketika ini memuatkan semua sajak yang memulakan judul dengan frasa kata Ketika., misalnya Ketika melihat akuarium, Ketika mendepani laut dan seumpamanya.Sajak yang memulakan persamaan unsur kata untuk judul seperti ini sebenarnya suatu kesengajaan dalam usaha saya menulis sajak semenjak dekad-dekat akhir ini yang masing-masing memuatkan sajak yang wujud persamaan frasa kata pada judul yang dimaksudkan.Penulisan sajak dalam buku ini sengaja mengambil bentuk luaran dengan cara setiap buah sajak di dalamnya disampaikan dalam satu rangkap atau satu perenggan sahaja hingga menjadikan semua bentuk luaran itu sedikit berbeza daripada bentuk sajak yang lain.