Buku ini disediakan khusus untuk pengurus dan kakitangan yang berkerja dalam jabatan kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), ahli-ahli akademik dan golongan profesional yang kerap kali berhadapan dengan permasalahan kesan daripada pelaksanaan penilaian prestasi. Buku ini juga perlu dibaca oleh pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) yang mengambil disiplin pengurusan sumber manusia sebagai satu pengkhususan atau minor. Buku ini disediakan khususuntuk pembaca bagi meningkatkan kefahaman mengenai aspek penilaian prestasi dan hubungannya dengan aktiviti pengurusan sumber manusia yang lain. Kefahaman pembaca dalam aspek ini akan membolehkan mereka membuat persediaan dalam melaksanakan penilaian prestasi dengan lebih berkesan.