Pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru novis di universiti mahupundi institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru novis, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadipengalaman yang menyeronokkan. Guru novis kerap kali dibiarkan mereka sink or swim dan ini mengakibatkan berlakunya kekecewaan dan kurang keyakinan dalam kalangan guru-guru novis dalam menghadapi realiti di bilik darjah. Susunan dalam buku ini mudah dibaca dan difahami. Buku ini tidak dipenuhi dengan teori-teori akademik tetapi padat dengan tip, nasihat serta contoh-contoh bagaimana idea-ideaini boleh diaplikasikan di bilik darjah. Penulis juga memasukkan komen-komen serta suara-suara pelajar dari temu bual yang dijalankan dengan mereka.