Buku ini menghimpunkan kertas kerja terpilih yang dibentangkan di Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004 anjuran Universiti Utara Malaysia. Artikel-artikel yang terdapat di dalam buku ini adalah penulisan ahli-ahli akademik institusi pengajian tinggi awam Malaysia yang merangkumi tema berkaitan kebajikan dan perkhidmatan sosial serta isu-isu berkaitan perkembangan dan pendidikan untuk kanak-kanak.Buku ini bukan sahaja sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar insitusi pengajian tinggi, malah golongan profesional yang bekerja dengan kanak-kanak, serta mereka yang berminat dengan isu-isu berkaitan kebajikan kanak-kanak.