13
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit a manuscript, please click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Book: found

      Transformasi sumber manusia dalam sektor awam

      book
      ,
      UUM Press

      Read this book at

      Buy book Bookmark
          There is no author summary for this book yet. Authors can add summaries to their books on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Perubahan persekitaran pekerjaan pada peringkat global dan tempatan telah membawa perubahan kepada tingkah laku dan pemikiran pekerja. Keadaan ini memerlukan transformasi pengurusan sumber manusia agar potensi dan bakat yang dimiliki oleh pekerja dapat dimaksimumkan bagi memberikan perkhidmatan yang bernilai tinggi kepada masyarakat. Bakat dan potensi pekerja dapat dimaksimumkan dengan kemudahan teknologi dan Internet yang telah mengubah cara pemikiran dan interaksi antara pekerja sesama pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain.Berasaskan kepada sumber manusia sebagai aset penting organisasi, buku ini membincangkan peringkat transformasi yang berlaku dalam organisasi dengan memberi pendedahan pada peringkat awal dari segi konsep, perkembangan dan pengaruh persekitaran kerja yang dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. Transformasi ini diikuti oleh peringkat pertengahan berkaitan dengan fungsi, pendekatan, proses dan teknik dalam mengurus sumber manusia berserta rujukan kes semasa yang bersesuaian.Peringkat akhir transformasi ini membincangkan strategik pengurusan sumber manusia yang boleh dilakukan oleh pembuat dasar dalam merangka program yang bersesuaian untuk kesejahteraan pekerja. Strategi yang relevan dengan keperluan pekerja perlu diberi perhatian bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja diberi penghargaan dan dikongsi dengan pekerja yang lain, terutama pengetahuan tasit.

          Related collections

          Author and book information

          Book
          978-967-2363-08-8
          4 October 2019
          10.32890/9789672363088
          f145e623-7b7c-4872-bb97-cfc4edebd4cb
          History
          Page count
          Pages: 170

          Comments

          Comment on this book