Sejajar dengan Wawasan 2020 yang mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, beberapa negeri di Malaysia telah mengorak langkah ke arah negeri maju lebih awal, antaranya Selangor Maju 2005, Johor Maju 2005, Melaka Maju 2010 dan Kedah Maju 2010. Namun begitu timbul persoalan, sejauh manakah kemampuan setiap negeri tersebut khususnya Kedah dalam merealisasikan matlamat yang disasarkan? Bagi menjawab persoalan tersebut, buku ini akan cuba mengupas kemampuan kepada beberapa isu yang meliputi perancangan Kedah maju, keupayaan dan daya saing, kecekapan pengurusan dan penstrategian semula.