10
views
0
recommends
+1 Recommend
0 collections
    0
    shares
      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: not found

      Kelompangan dalam Undang-undang yang Berkaitan dengan Isu Penipuan Tanah di Malaysia

      1 , 1 , 1
      Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia
      Dewan Bahasa dan Pustaka

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Peningkatan kes jenayah penipuan tanah dalam pentadbiran tanah amat membimbangkan kerana dapat mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap pejabat tanah. Objektif utama penulisan ini adalah untuk melihat kelompangan yang digunakan dalam proses pendaftaran tanah, seperti Kanun Tanah Negara (Akta 828), Akta Kontrak 1950 (Akta 136), Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta 424) dan Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 783), serta mengemukakan cadangan untuk mengharmonikan akta tersebut dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah penipuan dalam urus niaga tanah daripada terus berlaku. Oleh itu, pindaan segera kepada akta tersebut amatlah penting demi memberi perlindungan kepada tuan punya tanah dan pihak berkepentingan yang menjadi mangsa disebabkan peruntukan yang sedia ada mungkin tidak menyediakan remedi, perlindungan dan juga skop yang terhad yang menidakkan perlindungan terhadap mangsa penipuan. Kajian kepustakaan dan kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini yang meliputi kes yang diputuskan oleh mahkamah, buku dan makalah jurnal. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kelompangan dalam akta tersebut yang membolehkan penipuan dalam urus niaga tanah berlaku yang memerlukan pindaan dan penambahbaikan. Penulisan ini mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan untuk menjamin kepentingan dan hak semua pihak yang terlibat.

          Related collections

          Most cited references17

          • Record: found
          • Abstract: not found
          • Article: not found

          Pengurusan Perkahwinan Masyarakat Rohingya di Malaysia Menurut Perspektif Undang-Undang dan Syariah

            • Record: found
            • Abstract: not found
            • Article: not found

            Recognition of the Economic Security in the Form of Assurance Fund as a Protection to Landowners and the Economic Stimulator in Malaysia

            (2013)
              • Record: found
              • Abstract: found
              • Article: found
              Is Open Access

              FROD DALAM URUS NIAGA TANAH: SATU KAJIAN PERBANDINGAN DENGAN UNDANG-UNDANG TANAH AUSTRALIA

              Falsafah sistem Torrens ialah ia merupakan satu sistem pentadbiran tanah berasaskan pendaftaran. Sebagai asas sistem Torrens, pendaftaran adalah prasyarat hak milik yang tidak boleh disangkal. Kesan daripada pendaftaran ialah undang-undang mengurniakan kepada penerima pindah milik, pemajak atau pemegang gadaian atau penerima isemen, hak milik yang tidak boleh disangkal. Tetapi sejak mutakhir ini banyak kejadian jenayah kes frod dalam urus niaga tanah menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Peningkatan kes-kes ini menimbulkan rasa bimbang oleh pemilik-pemilik tanah di atas keselamatan harta mereka kerana tanah mereka boleh bertukar milik tanpa disedari. Sehubungan dengan itu, artikel ini dibuat bagi membincangkan kes frod yang berlaku dalam konteks urus niaga tanah di Malaysia dan membuat perbandingan dengan undang-undang tanah Australia serta mengenal pasti apakah jenis-jenis frod yang berlaku dan seterusnya mencadangkan jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai bagi menjamin kepentingan dan hak-hak semua pihak yang terlibat. Katakunci: frod, urus niaga tanah, jenis-jenis frod, cadangan dan penyelesaian, kajian Perbandingan

                Author and article information

                Journal
                Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia
                kanun
                Dewan Bahasa dan Pustaka
                01282670
                26828057
                July 19 2024
                July 31 2024
                July 19 2024
                July 31 2024
                : 36
                : 2
                : 213-242
                Affiliations
                [1 ]Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin
                Article
                10.37052/kanun.36(2)no3
                03d0bbe2-cfbc-40ce-9d29-3b6eb13204d2
                © 2024
                History

                Comments

                Comment on this article

                Related Documents Log