22
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Pengaruh Kemahiran Generik dalam Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Kemahiran generik adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal dalam bidang akademik, pekerjaan, dan kehidupan. Kemahiran generik diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam konteks subjek pengajian dan merupakan kemahiran boleh pindah atau transferable skills. Penilaian kemahiran generik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mula diberi fokus apabila Malaysian Qualifi cation Framework (MQF) di laksanakan pada tahun 2006. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh atau petunjuk utama kemahiran generik terhadap kemahiran berfi kiran kritikal, penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar. Kajian ini menggunakan Instrumen Kemahiran Generik Pengajian Tinggi (GeSIHE) yang dibina oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Instrumen GeSIHE mengandungi 13 konstruk dengan 102 item dan ditadbirkan kepada 1,262 orang pelajar prasiswazah di 12 fakulti UKM yang dipilih secara rawak berkelompok. Kebolehpercayaan GeSIHE adalah tinggi iaitu dari 0.98 hingga 0.99. Analisis multi-regresi stepwise menunjukkan secara signifi kan kemahiran kepimpinan dalam aspek menghasilkan idea dan sering berinteraksi pada masa yang singkat adalah petunjuk utama menyebabkan pelajar UKM mahir dalam berkomunikasi. Manakala kemahiran pembelajaran sepanjang hayat atau keupayaan pembelajaran sepanjang masa merupakan petunjuk utama yang menyebabkan pelajar university mahir dalam kemahiran pemikiran kritikal dan menyelesaikan masalah.  

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          Malaysian Journal of Learning and Instruction
          UUM Press
          January 29 2009
          : 6
          : 103-140
          Affiliations
          [1 ]Universiti Kebangsaan Malaysia
          Article
          10.32890/mjli.6.2009.7615
          132a1700-3fb5-46ad-acc8-58c78d11e7a2

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education,Assessment, Evaluation & Research methods,Conflict resolution & Mediation,Education & Public policy,Educational research & Statistics

          Comments

          Comment on this article