49
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Hubungan antara Kerja Berpasukan dengan Kepuasan Kerja Ketua Panitia Sekolah Menengah

      1 , 1
      International Journal of Management Studies
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan kepuasan kerja ketua panitia dalam kerja berpasukan berdasarkan jantina, umur dan pengalaman kerja. Di samping itu kajian ini juga bertujuan mengenal pasti penyumbang utama dan hubungan antara lima faktor kerja berpasukan iaitu tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal dengan kepuasan kerja ketua panitia. Subjek kajian ini terdiri daripada kesemua 141 ketua panitia daripada sembilan buah sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Kuala Krai, Kelantan. Alat ukur kerja berpasukan telah diubah suai daripada kajian Karakus dan Töremen (2008) manakala alat ukur kepuasan kerja telah diubah suai daripada Model Teori Dua Faktor Herzberg (1966) dalam Tay (2007). Kerja berpasukan diukur daripada empat dimensi iaitu tindakan pemimpin (8 item), struktur perwatakan pasukan (7 item), struktur perwatakan individu (8 item) dan hubungan interpersonal (8 item) manakala kepuasan kerja diukur menggunakan 20 item. Dapatan kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Kajian ini menggunakan ujian-t, ANOVA satu hala, Kolerasi Pearson dan regrasi berganda untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan antara jantina dan umur dengan kepuasan kerja tetapi tiada perbezaan yang signifikan dengan pengalaman kerja. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan antara tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan, struktur perwatakan individu dan hubungan interpersonal. Kajian ini juga menunjukkan tindakan pemimpin, struktur perwatakan pasukan dan hubungan interpersonal menjadi peramal kepada kepuasan kerja. Hasil kajian mencadangkan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat dengan program latihan dan pembangunan harus menitikberatkan aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran kerja berpasukan khususnya kepada ketua-ketua panitia dalam aspek kemanusiaan, perancangan dan penyelarasan tugas.   Kata kunci: Kepuasan kerja, kerja berpasukan, jantina, umur, pengalaman kerja.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          International Journal of Management Studies
          UUM Press
          June 28 2012
          : 19
          : 193-210
          Affiliations
          [1 ]Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden UUM College of Arts and Sciences
          Article
          10.32890/ijms.19.1.2012.10366
          476a86bc-a3c0-4c2d-af0b-cee1a4355ffd

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education & Public policy,Educational research & Statistics,Management,International economics & Trade,Labor & Demographic economics

          Comments

          Comment on this article