25
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Pelaburan Langsung Asing dan Perkembangan Pelancongan: Kointegrasi dan Ujian Penyebab Granger di Sepuluh Destinasi Utama Pelancongan

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Kebanyakan Negara Sedang Membangun menghadapi masalah kekurangan dana dalam membangunkan negara mereka khususnya dalam sektor yang memerlukan perbelanjaan yang besar seperti pembangunan industri pelancongan (ARR). Salah satu sumber dana yang penting adalah daripada Pelaburan Langsung Asing (PLA). Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan antara PLA dan ARR di destinasi pelancongan utama dunia, iaitu negara Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat, China, Itali, United Kingdom, Jerman, Turki, Mexico dan Malaysia bagi tempoh masa tiga puluh tahun iaitu daripada tahun 1978 hingga 2008. Untuk mencapai tujuan kajian ini, kaedah kointegrasi dan Ujian Penyebab Granger dalam kerangka pendekatan ARDL digunakan. Pemilihan kaedah ini disebabkan oleh keistimewaan kaedah itu sendiri di mana ia membenarkan data siri masa yang pendek digunakan di samping boleh diaplikasikan pada siri masa yang berbeza kepegunannya, iaitu I(0) dan I(I). Hasil kajian mendapati wujud hubungan jangka panjang atau kointegrasi antara PLA dan ARR di kesemua negara dikaji. Dalam jangka pendek ujian sebab-penyebab mendapati ARR adalah signifi kan mempengaruhi PLA bagi negara Perancis, Mexico, United Kingdom dan Malaysia. Sementara di Perancis, Mexico dan United Kingdom sahaja didapati PLA adalah signifi kan mempengaruhi ARR dalam jangka pendek. Bagi negara lain iaitu Jerman, Itali, Sepanyol, Turki, Amerika Syarikat dan China didapati kedua-dua pemboleh ubah PLA dan ARR tidak mempunyai sebarang hubungan dalam jangka pendek. Hasil kerja ini dapat dijadikan panduan kepada pembuat dasar dalam merangsang pembangunan pelancongan.   Kata kunci: Pelaburan langsung asing, perkembangan pelancongan, kointegrasi, ujian penyebab Granger.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          International Journal of Management Studies
          UUM Press
          June 28 2012
          : 19
          : 175-191
          Affiliations
          [1 ]Institut Kajian Ekosistem Marine Universiti Kebangsaan Malaysia
          Article
          10.32890/ijms.19.1.2012.10367
          51552e8e-aa8f-4525-9f65-90c181e60283

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education & Public policy,Educational research & Statistics,Management,International economics & Trade,Labor & Demographic economics

          Comments

          Comment on this article