28
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Kesan Pengantaraan Pengalaman Psikologi bagi Hubungan Pelbagai Kemahiran dalam Tugas Pengajaran dengan Motivasi Kerja

      1 ,
      Malaysian Journal of Learning and Instruction
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Tujuan – Kajian ini bertujuan meneliti hubungan langsung faktor pelbagai kemahiran dengan motivasi kerja guru. Selain itu, kajian ini juga meneliti kesan pengantaraan pengalaman-pengalaman psikologi sebagai pemboleh ubah pengantara. Metodologi – Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi yang melibatkan pengujian permodelan persamaan berstruktur dengan pendekatan kuantitatif, manakala kaedah tinjauan keratan rentas digunakan untuk pungutan data kajian. Responden kajian ini berjumlah 458 orang terdiri daripada kalangan guru sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah. Teknik pensampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk memilih responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur dan analisis lanjutan IBM SPSS melibatkan kaedah bootstrapping bagi kesan pengantaraan.   Dapatan – Hasil kajian menunjukkan pelbagai kemahiran tidak mempunyai hubungan langsung yang signifi kan dengan motivasi kerja guru. Namun begitu, faktor pelbagai kemahiran didapati mempunyai hubungan langsung yang signifi kan dengan pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman bertanggungjawab terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja. Analisis selang keyakinan 95% bias diperbetulkan bagi pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman bertanggungjawab terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja tidak mengandungi nilai sifar menunjukkan ketiga-tiga pengalaman psikologi memberi kesan pengantaraan yang signifikan.   Signifikan – Kajian ini memberi manfaat kepada penguruspengurus di sekolah dan kepimpinan pendidikan dalam merancang reka bentuk kerja guru dengan memberi tumpuan kepada pembinaan motivasi kerja melalui proses merangsang pengalaman-pengalaman psikologi guru. Dalam hal ini, pengalaman-pengalaman psikologi merupakan keberhasilan modal psikologi positif melalui penglibatan guru dalam melaksanakan tugas pengajaran. Kajian ini memberi manfaat secara langsung kepada guru dalam memahami kepentingan menggunakan pelbagai kemahiran dalam melaksanakan tugas pengajaran di sekolah.  

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          Malaysian Journal of Learning and Instruction
          UUM Press
          January 29 2015
          : 12
          : 205-233
          Affiliations
          [1 ]Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
          Article
          10.32890/mjli.12.2015.7686
          c98c1ae7-e25f-4e7d-8d3a-007f194b1882

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education,Assessment, Evaluation & Research methods,Conflict resolution & Mediation,Education & Public policy,Educational research & Statistics

          Comments

          Comment on this article