Blog
About

0
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares
      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Iban yang Baharu dengan yang Berpengalaman di Sekolah-Sekolah Menengah di Sarawak

      1 ,

      Malaysian Journal of Learning and Instruction

      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Tujuan – Keberkesanan dan kepakaran seseorang guru dapat dinilai melalui teknik pengajarannya. Oleh itu, fokus akan diberikan kepada proses pengajaran guru bahasa Iban untuk memastikan keberkesanan pengajaran guru-guru bahasa Iban di Sarawak. Kajian ini dijalankan berdasarkan teori yang diperkenalkan oleh Shulman, iaitu Pedagogical Content Knowledge (PCK) atau juga dikenali sebagai Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK).   Metodologi – Kajian kualitatif ini dijalankan untuk meneroka dan meneliti secara mendalam pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) yang dimiliki oleh guru bahasa Iban baharu dan berpengalaman di sekolah menengah di Sarawak. Tiga orang guru bahasa Iban dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis dan seorang guru bahasa Iban dari PPD Miri dipilih sebagai peserta kajian temu bual dan pemerhatian. Transkrip temu bual dianalisis secara teliti dengan bantuan perisian QSR Nvivo9.   Dapatan – Kajian mendapati bahawa PPK guru-guru bahasa Iban dipengaruhi oleh disiplin ilmu masing-masing kerana kesemua guru bahasa Iban berlatar belakangkan pengkhususan yang berbezabeza. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada perbezaan PPK yang ketara antara guru berpengalaman dan guru yang baharu. Sebaliknya faktor keperibadian guru yang membezakan penguasaan PPK guru, sama ada guru tersebut baharu atau berpengalaman hanya menjadi faktor sampingan sahaja. Strategi pedagogi kandungan guru-guru bahasa Iban juga didapati dipengaruhi oleh latar belakang pengkhususan mereka. Pemerhatian pengkaji mendapati PPK yang baik terhasil apabila seorang guru itu benar-benar menghayati dan menghargai mata pelajaran bahasa Iban.   Kepentingan – Kajian ini penting kepada pihak pengurusan sekolah agar memastikan guru-guru bahasa Iban yang berkelayakan sahaja yang dibenarkan mengajar mata pelajaran bahasa Iban.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Malaysia
          Journal
          Malaysian Journal of Learning and Instruction
          UUM Press
          December 25 2014
          : 11
          : 207-236
          Affiliations
          [1 ]Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia
          Article
          10.32890/mjli.11.2014.7672

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          Comments

          Comment on this article