Komunikasi dan budaya mempunyai hubungan simbiosis yang membentuk struktur dan ciri sosial dalam sesuatu masyarakat.Sehingga kini himpunan rencana yang membincangkan peranan komunikasi dan sosiobudaya di Malaysia masih lagi agak terbatas.Buku ini secara khususnya membincangkan secara terperinci tentang aspek komunikasi dan sosiobudaya di Malaysia.Hubungan komunikasi dan sosiobudaya melalui kajian empirikal dengan pembentukan model komunikasi serta budaya yang bersesuaian dengan konteks organisasi dan sosial di Malaysia menjadi fokus utama buku ini. Penyelidik bidang komunikasi di Universiti Utara Malaysia secara khususnya mengupas isu komunikasi dan sosiobudaya dalam buku ini dari sudut penggunaan bahasa, agama dan juga pengurusan komunikasi.