18
views
0
recommends
+1 Recommend
1 collections
    0
    shares

      To submit to this journal: click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Nota Penyelidikan/Research Notes Faktor Penarik Guru Sekolah Agama Rakyat Tanpa Bantuan Kerajaan

      Jurnal Pembangunan Sosial
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Sekolah Agama Rakyat’ bermula atas inisiatif penduduk kampung yang komited dengan Islam. Mereka berpakat mewujudkan sekolah agama. Melalui Jawatankuasa Pengelola Sekolah dan tanah yang diwakafkan, mereka bangunkan sekolah tersebut. Hasil derma orang ramai, bangunan sekolah yang dibina hanya sekadar mampu berlindung daripada panas terik matahari dan hujan. Jauh sekali untuk memiliki bangunan selesa ketika itu. Orang kampung melalui jawatankuasa pengelola melantik sendiri guru dengan membayar elaun ala kadar. Bagaimanapun di Kelantan bermula tahun 1974, Sekolah Agama Rakyat diserapkan kerajaan negeri menjadi sekolah bantuan. Jawatankuasa pengelola menyerah tanggungjawab membangunkan Sekolah Agama Rakyat kepada kerajaan negeri selepas bebanan pengurusan bertambah. Tidak seperti di negeri-negeri lain tetap kekal diurus jawatankuasa pengelolanya. Sekolah Agama Rakyat juga bernasib baik apabila turut mendapat bantuan per kapita daripada kerajaan Pusat setiap tahun. Hasil bantuan per kapita, elaun guru dan pengurusan sekolah dapat dijalankan. Ibu bapa pelajar Melayu kebelakangan ini nampaknya sedang berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama disebabkan oleh tanggungjawab mereka yang menjadi semakin berat dalam memastikan mutu pendidikan agama dan moral yang tinggi bagi anak-anak mereka dalam menghadapi cabaran semasa yang mengancam perangai dan tingkah laku anak-anak muda sekarang. Maka para ibu bapa merasakan sekolah-sekolah yang menawarkan pendidikan agama adalah pilihan terbaik dalam memastikan anak mereka terjamin di dunia dan akhirat. Di samping itu, bilangan pelajar di ‘Sekolah Menengah Agama Rakyat’ dan ‘Sekolah Menengah Agama Rakyat Negeri’ telah bertambah dari tahun ke tahun. Sekolah Menengah Agama Rakyat didapati mempunyai 62,000 orang pelajar pada tahun 1998 dan meningkat kepada 70,000 orang pelajar pada tahun 1999. Manakala Sekolah Menengah Agama Rakyat Negeri pula mempunyai 63,000 orang pelajar pada tahun 1998 dan semakin bertambah bilangannya dari tahun ke tahun hingga ke hari ini. Pertambahan ini menunjukkan wujudnya minat yang tinggi serta harapan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa terhadap sistem pendidikan yang berteraskan agama. Namun keadaan ini tidak sama dengan nasib Sekolah Menengah Agama Rakyat tanpa bantuan kerajaan. Kajian ini mendapati bilangan pelajar yang ada di Sekolah Menengah Agama Rakyat tanpa bantuan kerajaan di Perak hanya tinggal lebih kurang 5,000 orang pelajar sahaja. Jumlah ini akan berkurangan jika tiada langkah drastik daripada pihak sekolah dan kerajaan. Telah menjadi kebiasaan, kebanyakan Sekolah Agama Rakyat bersikap menunggu pelajar baharu untuk mendaftar setiap tahun. Usaha yang dilakukan tidak begitu agresif dan meluas. Faktor ini disebabkan beberapa Sekolah Agama Rakyat menghadapi krisis mendapatkan pelajar sehingga memberi bebanan dan tekanan ke atas nasib guru-guru di Sekolah Agama Rakyat ini. Inilah perkara yang pelik berlaku di mana masih ramai guru Sekolah Agama Rakyat masih bertahan untuk terus berkhidmat walaupun ditimpa pelbagai masalah seperti kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga” (Muhaimin Sulam, 2006).

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Journal
          Jurnal Pembangunan Sosial
          UUM Press
          September 20 2011
          : 14
          : 173-183
          Article
          10.32890/jps.14.2011.11443
          3e39f118-4d7d-4393-9613-97d5907888d1

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Social policy & Welfare,Psychology,General behavioral science,Family & Child studies,Cultural studies

          Comments

          Comment on this article