64
views
1
recommends
+1 Recommend
1 collections
    1
    shares

      To submit to the journal, click here

      • Record: found
      • Abstract: found
      • Article: found
      Is Open Access

      Faktor-Faktor Penyumbang dalam Pertimbangan Moral Pelajar Sekolah Agama

      1
      Malaysian Journal of Learning and Instruction
      UUM Press

      Read this article at

      ScienceOpenPublisher
      Bookmark
          There is no author summary for this article yet. Authors can add summaries to their articles on ScienceOpen to make them more accessible to a non-specialist audience.

          Abstract

          Tujuan – Matlamat utama kajian ini adalah untuk meneroka maklumat-maklumat yang berkaitan dengan konsep pertimbangan moral dalam kalangan pelajar sekolah agama. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dimensi kecenderungan kerohanian Islam dan dimensi sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial terhadap pertimbangan moral mengikut skema-skema yang ditetapkan.   Metodologi – Tiga alat ukur digunakan dalam kajian ini iaitu Ujian Skema Taakulan Akhlak (UPSTA), Soal Selidik Kecenderungan Kerohanian Islam (ISDQ) dan Ujian Sikap dan Pegangan Terhadap Standard Kelaziman Sosial (USPSK). Subjek kajian terdiri daripada 500 orang pelajar yang dibahagikan kepada jantina mengikut jenis sekolah menengah agama di negeri Kelantan yang dipilih secara rawak berstrata iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maahad Muhammadi (MM), Maahad Tahfiz al-Quran/ Sains (MTAQ/MTS), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Swasta (SAS). Kajian tinjuan ini menggunakan kaedah kuantitatif berasaskan pendekatan kajian rentas (Cross Sectional). Data dikumpulkan daripada ketiga-tiga ujian di atas dan dianalisis dengan menggunakan analisis statistik regresi berganda stepwise.   Dapatan- Hasil kajian menunjukkan bahawa dimensi kepercayaaan dan keimanan berperanan sebagai pengaruh yang kuat dalam pertimbangan moral pelajar sekolah menengah agama. Dapatan juga menunjukkan dimensi kepercayaan dan keimanan, dimensi intrinsik dan dimensi ekstrinsik dalam aspek kecenderungan kerohanian Islam memberi pengaruh yang signifikan (R² = .47, sig .00) terhadap pertimbangan moral pelajar sekolah agama. Namun dimensi hak asasi manusia di dalam pemboleh ubah sikap dan pegangan terhadap standard kelaziman sosial hanya menyumbang (R² = .02, sig .03) terhadap pertimbangan moral dalam kalangan pelajar sekolah agama di negeri Kelantan.   Kepentingan- Kajian ini menyediakan kefahaman baru kepada isu pertimbangan moral pelajar-pelajar sekolah menengah agama. Kecenderungan pelajar sekolah agama terhadap aspek kerohanian Islam memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti pertimbangan moral mereka.

          Related collections

          Author and article information

          Contributors
          Malaysia
          Journal
          Malaysian Journal of Learning and Instruction
          UUM Press
          December 23 2019
          : 9
          : 81-109
          Affiliations
          [1 ]Universiti Utara Malaysia
          Article
          10.32890/mjli.9.2012.7638
          ed6d3bf6-8a72-466d-abcd-1d4e3907d1c6

          All content is freely available without charge to users or their institutions. Users are allowed to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of the articles in this journal without asking prior permission of the publisher or the author. Articles published in the journal are distributed under a http://creativecommons.org/licenses/by/4.0/.

          History

          Education,Assessment, Evaluation & Research methods,Conflict resolution & Mediation,Education & Public policy,Educational research & Statistics

          Comments

          Comment on this article